ucapan untuk para pembaca

Ptikan Surat Syeikh Abdul Qadir al-Jilani,Sahbt-sahbtku adalh seumpama cermin yg berkilat.Kamu mesti mmbersihkannya dri pd debu dan kekotoran yg mnutupinya.Cermin hati kamu itu tlh ditakdirkan untk mmancarkn
cahaya rahsia-rahsia Ilahi.Bila cahaya dr “Allah adlh cahaya bagi smua langit dan
bumi” mula menyinari ruang hati kamu,lampu hati kamu akn menyala.Lampu hati itu “brada di dlm kaca,kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan trang
benderang” Kmudian kpd hati itu anak panah pnemuan-pnemuan suci akn hinggap.Anak panah kilat akn mengeluarkn dr pd awan petir maksud“bukan dari timur atau barat,dinyalakn dr pohon zaitun yg diberkati” dan mmancarkn cahaya ke atas
pokok penemuan,sangat tulen,sangat lutsinar shingga ia “mmancarkn cahaya walaupun
tdk disentuh oleh api”.Kmudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akn menyala
sendiri.Mna mungkin ia tdk menyala
sedangkan cahaya rahsia llahi menyinarinya?
Sekiranya
cahaya rahsia Ilahi bersinar ke
atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia
akan menjadi terang oleh ribuan bintang-
bintang “…dan berpandukan bintang-bintang
(kamu) temui jalan (kamu)…”. Bukanlah bintang
yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi.
Lantaran Allah menghiaskan langit rendah
dengan keindahan bintang-bintang”. Sekiranya
lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam
diri batin kamu yang lain akan datang secara
sekaligus atau beransur-ansur. Sebahagiannya
kamu telah ketahui sebahagian yang lain akan
kami beritahu di sini. Baca, dengar, cuba
fahamkan. Langit ketidaksedaran (kelalaian)
yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran
Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan
purnama yang akan naik dari ufuk langit
memancarkan “cahaya di atas cahaya”
berterusan meninggi di langit, melepasi
peringkat yang ditentukan sebagaimana yang
Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya,
sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di
tengah-tengah langit, menghambat kegelapan
kelalaian. “(Aku bersumpah) demi malam
apabila ia senyap sepi…dengan cuaca pagi
yang cemerlang…” malam ketidaksedaran
kamu akan melihat terangnya hari siang.
Kemudian kamu akan menghirup air wangi
kenangan dan “bertaubat di awal pagi”
terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan
menyesali umur kamu yang dihabiskan di
dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian
burung bulbul di pagi hari dan kamu akan
mendengarnya berkata: Mereka tidur sedikit
sahaja di malam hari dan pada awal pagi
mereka memohon keampunan Allah dan Allah
bimbingkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang
Dia kehendaki.
Kemudian
kamu akan melihat di ufuk langit
peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula
terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri,
Lantaran kamu adalah “yang Allah beri
petunjuk” dan kamu “berada pada jalan yang
benar” dan bukan “mereka yang Dia
tinggalkan di dalam kesesatan”. Dan kamu
akan memahami rahsia: Tidak diizinkan
matahari mengejar bulan dan tidak pula malam
mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada
landasan (masing-masing).Akhirnya ikatan akan
terurai selaras dengan “perumpamaan yang
Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui
tiap sesuatu”, dan tabir-tabir akan terangkat
dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni
di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan
membuka tutupan mukanya.
Semua ini akan bermula
bila cermin hati kamu
dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan
memancar Padanya jika kamu berhajat dan
bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-
Nya.

Iklan