8 RAHASIAH AMALAN WANITA SALEHAH

image

1. Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Sholat fardu dengan rajin dan lakukannya sholat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada sholat wajib itu tadi.

2. Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib sholat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajiban itu. Selain khusyuk,menunaikan sholat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan sholat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini

bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

3. Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apa bila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan ada kalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

4. Selalu bersedekah
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allah S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

5. Menjaga maruah diri
Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

6. Takut murka Allah
Wanita solehah senantiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat di lihat tetapi senantiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

7. Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu ,seorang pekerja, seorang ibu rumah tangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

8. Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain sholat, menjaga sholatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahu mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.

baca juga :